Want your
own Fotopage?














 
Saiful Nang's Personal Fotoblog

By: Saiful Nang My Private Photoblog

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 29-Feb-2008 09:21 Email | Share | | Bookmark
Di Pasaran Isnin ini - Terbitan Sulong dari CS

 


Finally, keluar jugak baby pertama CandidSyndrome sekarang. Baru tadi ambil a few promotional copies dari kilang pencetak. Masih banyak kelemahan yang perlu dipelajari untuk masa akan datang. Tetapi, sebagai permulaan dalam penerbitan, saya dah puas hati. Akan datang kita boleh improve lagi. InsyaAllah akan berada dalam pasaran pada Isnin hadapan 3 March 2008

"Dua Dunia Satu Cinta" adalah tajuk buku ini. Buku yang mengandungi koleksi disepanjang persiapan perkahwinan Ning Baizura & Omar Sharif Christopher Layton Dalton. Duration pengambaran yang melebihi 3 bulan sehingga ke hari kemuncak mereka. Semuanya terkandung di dalam buku setebal 132 muka surat ini.

Dapatkan dari mana2 kedai majalah, 7 eleven, kedai2 buku edaran oleh
MPH Distribution mulai Isnin 3 March 2008.

SN
MORE WEDDING UPDATES HERE (FREQUENT UPDATE)
VISIT OUR OFFICIAL GALLERY (BEST COLLECTION)

nazihah, thanks alert kan i. TQ TQ Thu 6-Mar-2008 13:13
Posted by:SN
giler beshh!!~ Mon 10-Mar-2008 11:27
Posted by:ejard  - [Link]
thanks everybody, nanti kita keluarkan versi online pulak Tue 11-Mar-2008 01:39
Posted by:SN
View all 42 comments


Thursday, 28-Feb-2008 08:01 Email | Share | | Bookmark
Kenapa Wedding Photography?

Awal2 dulu ada pernah sorang professional pernah cakap kat saya yang Wedding Photography tak boleh pergi jauh. Dan yang cakap ni pun pernah buat wedding dan tak pergi jauh mana dan sekarang banyak buat commercial & corporate shooting. Kira dia ni pangkat che'gu lah pada saya.
Dia pernah nasihat

"Buat wedding dulu, kemudian...establish contact then baru boleh buat job2 commercial".

Tapi sebagai seorang yang baru setahun jagung dan masa tu baru sangat lagi pegang camera, saya pun jawab balik...

"Saya suka Wedding Photography, saya akan buat wedding sampai bila2...walaupun wedding photography tak boleh pegi mana2 pun".

Dah 3 tahun dah dah pun dan saya masih buat wedding photography yang dikatakan tak boleh pergi jauh. Dan dah jauh pun saya berjalan. Dulu bila cerita tentang wedding fotografi, tak pernah sangka ada client yang sanggup akan bayar photographer hingga ribuan ringgit. Dulu masa saya mula2 dulu, paling kuat pun RM500. Tapi dari masa ke masa "Cinta" terhadap subjek "Wedding" ni makin mendalam. Saya tak buat kerana duit semata2...yang datang dulu ialah saya buat wedding kerana saya suka buat wedding. Itulah yang saya ulang2 pada photographer2 saya..."PASSION". Memang tak dinafikan duit itu penting, kalau orang tak bayar apa yang kita passionkan tu, daripada PASSION boleh jadi TENSION. Duit tu untuk maintain kita untuk masih berada dalam passion yang kita buat.

Boleh lah kalau saya katakan, ramai juga orang buat WEDDING kerana PASSION. Kebanyakan yang buat kerana untuk cari extra income hujung minggu. Antara tanda2 orang yang kurang passion ni bila dia tak ada mencuba untuk menjadi yang terbaik. Apa yang dia bikin hanyalah mengamalkan template2 yang mereka dah selesa. Event belum habis dah tengok2 jam tak sabar nak balik walaupun shot2 masih belum cukup. Buat album pun asal boleh / asal ada. Banyak penyakit kalau orang tak ada passion ni jadi photographer wedding. Kerana kerja ni MEMANG MEMENATKAN. Dalam setiap wedding, saya akan minum tak kurang 5 gelas air (air kenduri lah). Memang memenatkan dan hanya orang2 yang passion jer boleh tahan.

Kenapa saya tak shoot commercial / corporate / industrial??

Ada, saya ada shoot semua tu. Cuma jarang2 saya share kan kat dalam website / fotoblog ni. Klau ada pun sekeping dua jer lah. We did shoot dari kecik2 company sehingga lah big giant like TM & Petronas. As long as subject yg diberi itu ada related dengan passion saya, saya akan terima. Human subject ni memang interest saya. Orang belajar fotografi untuk ambik gambar wedding, saya belajar pasal human psychology pulak (tadek lah detail, sikit2 jer baca kat internet). Jadi subject kita ialah human. Antara human subject yg boleh di commercialkan ialah Wedding & juga event2, commercial2, corporate dan dokumentari2 yang ada manusia as primary or secondary subject.

Melihat kepada lifestyles dan beberapa perkara yang kita miliki dan beberapa perkara yang kita sumbangkan, orang bertanya...

"Awak selain shoot wedding, ada company lain ke? atau ada shoot lain?"

Saya jawab begini "Saya buat wedding, 95% revenue syarikat adalah dari wedding photography"

Orang tu : (Pengsan)

Memang sukar nak percaya, apa yang kita buat yang kita dasari dengan MINAT sebenarnya sangat besar momentumnya kepada kita dalam kerjaya. Saya bersyukur tak letakkan duit itu sebagai arahtuju dalam apa yang saya nak buat (Of course, wedding photography bukan boleh kaya pun masa saya mula2 buat dulu). Sebaliknya, saya letakkan MINAT itu dihadapan. Saya buat kerana saya MINAT, saya berkorban masa kerana saya MINAT dan darimana datang duitnya? Jangan risau semua...."Bila kita buat sesuatu dengan didasari MINAT, confirm duit akan datang berlumba2 carik kita..." Tak perlu risau.

Kalau nak cerita status dalam masyarakat, confirm wedding photographer tak ada dalam senarai kerjaya. Kalau tak percaya cuba tanya anak2 kita yang baru masuk standard 1 or 2. Tanya dia...apa cita-cita bila besar nanti. Kalau anda seorang cikgu, tanya lah semua murid2 anda tentang cita-cita mereka....saya pasti, hingga sekarang ramai yang akan menjawap Doktor, Lawyer, Polis, Bomba, Jurutera, Tentera tapi...saya yakin, takde yang akan jawap..."Saya nak jadi Wedding Photographer". Sekarang ni, saya yakin...pekerjaan sebagai Wedding Photographer bukan lagi sebuah kerjaya picisan dan murahan. Ia adalah kerjaya professional.

Sebab itu, hingga sekarang, bila saya datang ke majlis2 dan orang bertanya..."What are u doing for living?".

I'll answer...

"I'm a WEDDING PHOTOGRAPHER"
(with a smile & pride)



statement inilah yang saya nanti2kan, saya nak tenguk setakat mana insan ini boleh tahan gian shoot wedding sampai bila2.saya akan perhatikan dari jauh.Nasihat saya, ayat inilah sering digunakan oleh orang2 yang dah lama dulu menjadi photografer , awalan kerjaya semuanya menganmbil gambar wedding,selepas itu masing2 akan mencuba mencari ruang yang lebih mencabar, bukan untuk mencari makan semata, tetapi untuk mencabar bakat yang ada dalam diri photografer.Saya nak tenguk sampai bila saudara bertahan dengan statement saudara. Mon 31-Mar-2008 04:11
Posted by:oispana
oispana : Wedding Photography paling mencabar bagi saya berbanding job2 commercial, industrial, corporate shooting yang pernah saya buat. I love wedding then i shoot wedding...so what's wrong with that?

U can witness that...after 4 years, we're still growing even stronger
Fri 11-Apr-2008 09:29
Posted by:SN
to bro mika si pelukis plan,nampaknye kiter ni samer je.skang ni pun saya dh masuk 40thn umur tapi baru jumpa minat ngan kemra ni.walau camne pun saya perpegang kepada istilah 'nothing is imposible' unless tak di izinkan Allah tu jer.Remember it is never too late unles you never start with your first step and continues.Keep on brother and i wish you the best,so as to the rest of you out there no matter who and how old you are,no one can take away your passion unless you are a QUITTER.to GB SN timakaseh kerana sokongan anda untuk orang2 yang macam saya nih.4 years and still strong.You have proven it mann.......I ll pray for you bro...AMINNNNN. Wed 7-May-2008 07:59
Posted by:ewan thanie ewan_sanie@yahoo.com
View all 31 comments


Monday, 25-Feb-2008 05:19 Email | Share | | Bookmark
Portraiture in Paris




AN EVENING IN PARIS

14th-24th April 2008 (My stay in Paris)
4 hours (Maximum)
Limited to 5 slots only (Since I'm going there for some official work)
Open to Malaysian in France, or French who can speak English / Malay, and
open to those who willing to travel to Paris (from any European countries)
Delivery in CD (Softcopy)
(Additional Eur300 for a customize album, Eur100 for DHL airway bill, there u can see the sample nanti )
Minimum 1 person and maximum an army of friends & families per session.
(Which mean, you can share the cost among 5,6, 7 and more...but less number of people is better to individualize the shot)

* Transport fare claim for outside Paris city.
* Email me in at saifulnang@candidsyndrome.com and book your slot.

Be Hurry!! Limited to 5 slots only.
(Eur50 discounts if u can refer to another people to take the slot)

Enjoice!!

perhhh p paris tuh.....dasat nih.... Thu 28-Feb-2008 13:06
Posted by:honey ibbney241@yahoo.com  - [Link]
Ada lagi ni slot, hot masa 1st day jer rupanya hehehehe. Fri 29-Feb-2008 04:41
Posted by:SN
hye..awak ler saipul nang yer...!!! ...ader org kater muka kiter adik bradik... ...cantik tul pic kat fp awk nih... Sat 1-Mar-2008 16:18
Posted by:jue..  - [Link]
View all 23 comments


Sunday, 17-Feb-2008 16:47 Email | Share | | Bookmark
Your Precious!



additional information boleh email adinang@candidsyndrome.com

dah ada orang tiru dah SN pakej camni. But I believe u punya pakej LEBIH HEBAT dari yang lain. Thanks SN Tue 4-Mar-2008 19:09
Posted by:resya
wakhaha x habis2 lg dgn org tu tiru org ni, org ni tiru org tu..kpd org yg m'beri komen2 spt resya n mummy sara tu..cube2 la rujuk dan tgk bebetol promo2 mereka sblm ini pada archive fp memasing..kat situ ade jwpn utk dinilai..jgn la main tulis je..kenkadang kesian dgn 'org tu' n 'org ni' yg xpsl2 kene hentam dgn peminat masing2..dlm photography ni xde istilah tiru meniru...yg penting mereka ni adalah anak melayu yg berbakat besar dan telah membuka bnyk mata dlm dunia photography..cukup2lah tu jd batu api.. Thu 6-Mar-2008 07:35
Posted by:parti pembangkang  - [Link]
have to get marry soon and of course foto by the best cs then baby foto cs juga...waa selagi ade keturunan selagi tu cs....kena kumpul duit dari skang ni..ade discount ke kalau student kawen? weeee!~
dah lama ikut sn n kak long yg kool dan rawks punya fotoblog!congratsss nak dpt anaksss
Thu 6-Mar-2008 16:52
Posted by:nanie haniemansor@yahoo.com
View all 28 comments


Wednesday, 13-Feb-2008 09:40 Email | Share | | Bookmark
Lembu Terbang



Last year masa tunggu flight MAS balik KL dari heathrow London, saya nampak 1 cool toy called "Flip Flap". There were 2. 1 Mr. Piggie and another 1 is a Cow. A flip flap cow. I grab it for 13 pounds and hang it in my gallery. Bila bosan2, budak2 CS masukkan 2 biji battery saiz AA, bekas battery flash masing2 untuk tengok lembu ni terbang.

While on my side, I told them...."In CS, everyone can FLY high..." (No matter how fat u are, sambil mata aku tengok Sapek). We believe we can fly high. Higher than any obstacles.

sorry ter double plak - yang 1st tu ranking salah, yang second betul Fri 15-Feb-2008 11:46
Posted by:Prospek Team info@prospek.net  - [Link]
Saiful Nang, nama besar dalam dunia fotografi dan boleh juga saya katakan nama ulung dalam dunia seni negara. Jaga lah kesihatanmu baik-baik semoga lebih ramai lagi melayu dapat dibangunkan dengan perkongsian anda. Kalau dulu Tun Mahathir bercita-cita untuk melahirkan generasi "Supermalay", kini dia boleh senyum kerana anda adalah salah satu hasilnya. Teruskan usahamu Jutawan Muda! Anda sangat HEBAT! Sun 17-Feb-2008 16:29
Posted by:ajis
hahahahaha teringat lembu terbang tue! Tue 19-Feb-2008 06:47
Posted by:adiyanti  - [Link]
View all 15 comments


Monday, 11-Feb-2008 07:48 Email | Share | | Bookmark
We just turn 1!



Sekejap sahaja dah 1 tahun. 1 tahun lepas kahwin dengan my lovely Intan. My wife, my friend, my companion, my partner, my soulmate and my everything. 1 year already and now we stand 2 and "half" in a family Excited to have a new member this coming August. Today, I love my wife more than I love her yesteday. And I'll love her twice every morning.

SN


MORE WEDDING UPDATES HERE (FREQUENT UPDATE)
VISIT OUR OFFICIAL GALLERY (BEST COLLECTION)

romantiknyer...
tahniah buat abg saiful n akak intan..moga bahgia milik anda berdua..amen..
Mon 24-Mar-2008 06:07
Posted by:miss_izzah
romantiknyer...
tahniah buat abg saiful n akak intan..moga bahgia milik anda berdua..amen..
Mon 24-Mar-2008 06:08
Posted by:miss_izzah
so sweet and romantic habis!!!!!! tahniah 2 both of you.... Tue 24-Jun-2008 10:26
Posted by:mastura mastura_27@hotmail.com
View all 49 comments


Sunday, 10-Feb-2008 12:37 Email | Share | | Bookmark
Teamwork kebanggaan saya




Last week, semua tahu minggu perkahwinan Diva Ning Baizura. Disifatkan oleh beberapa jurnalis hiburan sebagai Perkahwinan Diva terakhir pada dekad ini. Jika tahun lepas, perkahwinan diRaja Brunei kami anggap sebagai satu batu lonjakkan kepada nama CandidSyndrome dan penerimaannya di peringkat antarabangsa, kali ni CS boleh berbangga lagi kerana dipilih oleh Ning & Chris sendiri sebagai jurugambar rasmi mereka.

Saya bangga dengan kesemua team2 CandidSyndrome samaada di Malaysia mahupun di Brunei yang terlibat secara langsung dalam merakamkan detik2 bersejarah Ning Baizura & Omar Sharif Christopher Leyton Dalton. Sebagai pengasas CS yang kini berada di Malaysia dan Brunei, saya sangat bangga dengan teguhnya team photographer yang ada pada masa ini. Kesemua mereka sangat bermotivasi dan tahu apa yang mereka inginkan. Hasilnya memang yang terbaik. Kalau di imbau kira2 dua tahun yang lepas, mereka ni masih baru dan masih tercari2 lagi arah dalam bidang fotografi. Alhamdulillah, sekarang nama mereka dan CS telah pun sebati.

InsyaAllah, bulan April ni kami sekeluarga (keluarga CS) akan "Tutup kedai" selama 5 hari untuk 1 percutian pertama kami ke luar negara. Kesemua photographer & crew gallery akan dibawa bercuti selama 5 hari. Di CS, semua team dah jadi lebih dari "Working Mate" tetapi seperti sebuah keluarga. I love CS, I love all of them! I love my team! I love MY JOB!!!

SAIFUL NANG

CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

The ONLY Official Photographer Team for “Merdeka Raksasa” in conjunction of the celebration of 50th Anniversary of Malaysia Independance. Assigned by The Malaysia Government

cantek kan gambaq dari kamera canon nie.. hehehe.. Thu 14-Feb-2008 17:23
Posted by:~jejaka~HasnizamPhotography~  - [Link]
asal la kowang2 ni power bangatt...blajo ngan sape dudulu?mesti penah bertapa kat pulau tioman.huhu.team kowg mmg sempoiiiiiiiiiiiiii!!!!cayalah! Wed 20-Feb-2008 17:45
Posted by:semp0ii hanifdyla@yahoo.com
1st pic tu, kena pegang kompang skali baru ngam..!!!
neway, pic u all r awesome as ever!!
Wed 20-Feb-2008 18:24
Posted by:ziyyad  - [Link]
View all 30 comments


Friday, 1-Feb-2008 11:23 Email | Share | | Bookmark
DEMAM

Malam tadi ada wedding coverage, balik dalam jam 12am. Pagi ni bangun jam 11 pagi. Baru ada masa nak layan demam yang dah 3 hari. Hari pertama demam, sibuk dgn briefing dan preparation untuk Ning Baizura's big day. Ambik photographer CS dari Brunei lagi dan uruskan lodging dan pelbagai kerja. hari kedua (semalam) dah sibuk dengan pernikahan Ning Baizura pada pagi dan juga menghadiri majlis peribadi Ning & Chris. Hari Jumaat ni, I sent photograpehr pergi rumah Chef Wan untuk ikut chef wan pergi shopping barang2 masak kat Pudu Market. Pasal hari ni nak layan demam kat rumah.

My wife pergi kerja (dia kerja selangor tak cuti) I sambung tidur bangun jam 11 pagi. Online tengok fotopage kat ruang tamu. Perut lapar terus masak nasik goreng kat rumah dan makan dalam sakit2 tonsil bengkak lagik. Sambil makan bukak astro tengok movie n natgeo. Sambil berlingkar atas sofa sambil makan buah jambu...Wahhhhh....DAH LAMA tak buat macam tu. Hari ni nak melayan demam, at least dah kurang sikit dah panas. Rasanya besok dah boleh baik terus completely. Dan boleh beraksi dalam last gala for Ning's wedding. Rasanya kalau tak demam macam ni, memang tak lekat kat rumah. Kalau ada free time pun, very rare i spend masa kat rumah. Sama ada akan balik kampung, bercuti2 malaysia atau bercuti2 asia yang mana boleh di lakukan dalam kurang 3 hari.

Nak sambung balik tengok TV pasal kejap lagi kena attend rehearsal Ning & Chris di matrade. Enjoice!

Thanks a lot abg saiful, byk yang saya dapat belajar dari abang.. and im continue learning.. sifu!

http://zarfique.fotopages.com
Sat 9-Feb-2008 13:16
Posted by:Zafiq zafiq_samprit@yahoo.com.my  - [Link]
orang baru ni.. masih byk boleh dipelajari drp shot2 saifulnang n cs team.. Sat 9-Feb-2008 16:53
Posted by:soguy  - [Link]
moga cpt sembuh... Sun 10-Feb-2008 10:20
Posted by:D!aNa (Mama D!h@) adiana21@gmail.com  - [Link]
View all 28 comments


Thursday, 31-Jan-2008 07:54 Email | Share | | Bookmark
Jari2 dari Brunei dan Malaysia bersatu lagi



Kira2 setengah tahun yang lepas, 4 jurugambar CS dari Malaysia dan 2 orang jurugambar CS di Brunei telah bergabung tenaga untuk perkahwinan di antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari. Gabungan antara dua negara ini telah menyaksikan satu teamwork yg sangat mengagumkan. Dan semalam...2 orang jurugambar dari Brunei telah sampai ke Malaysia dan satu lagi akan tiba di KLIA esok petang. Kali ni, untuk perkahwinan Ning Baizura.

CandidSyndrome telahpun menjadi pilihan rasmi Ning Baizura sendiri setelah diperkenalkan kepada saya oleh seorang pereka tempatan yang tersohor Jovian Mandagie. Ning dan Chris berpendapat, gambar CS ada magik yang boleh buat orang menangis, ketawa, bersedih dan ceria. Dengan itu, beliau secara rasminya melantik CS sebagai jurugambar rasmi tunggal beliau kira-kira 6 bulan lepas. Walaubagaimanapun, semasa upacara pernikahan tadi, ada lagi beberapa jurugambar wedding yang dibawa oleh penaja-penaja perkahwinan Ning.

2 orang jurugambar dari CandidSyndrome Brunei, Ahim & Hairul memperkuatkan lagi team seramai 10 orang termasuk 2 orang junior photographer. Hanya pada majlis2 besar sebegini, bilangan jurugambar dapat membantu dalam memberikan kepelbagaian sudut fotografi. Tetapi, cabarannya ialah...TEAMWORK SPIRIT. Ramai orang ambil gambar dan berkehendakkan gambar yg terbaik untuk diri sendiri. Tapi tidak dalam team. Koordinasi adalah sepenting coreografi & juga konduktor okestra. Seperti okestra, setiap pemain sudah hebat dengan skill masing2 tetapi konductor perlu ada untuk menguruskan menjadi 1 susunan music yg baik. Fotografi team juga begitu. Dalam cabaran ini, disiplin sangat kritikal.

Berbalik kepada jurugambar CS dari Brunei. Kepada yang tak tahu, CS dah bertapak di Brunei. CS telah bertapak di Brunei sebagai salah 1 dari penyedia perkhidmatan fotografi perkahwinan yang berprestij. Asal ditubuhkan pada tahun 2007 adalah sebagai koresponden kepada pihak Istana semasa perkahwinan diRaja tahun lepas. Dan InsyaAllah, akan terus berkembang di sana. Kepada customer yang dah booking di Brunei, terima kasih di ucapkan. Dan kepada yang belum booking, dapatkan sementara stok masih ada.

More pictures will be coming up later. Stay tuned, Enjoice!

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

The ONLY Official Photographer Team for “Merdeka Raksasa” in conjunction of the celebration of 50th Anniversary of Malaysia Independance. Assigned by The Malaysia Government



SN, Hairol bukan missed u all sangat..tapi dier miss kat your GPS yang telah menyesatkan dier sampai jam 3.30 pagi..hehee Wed 6-Feb-2008 06:30
Posted by:Ahim Rani
haha I drive, yang dua orang tu syok jer tido...! Thu 7-Feb-2008 07:10
Posted by:Hairol  - [Link]
A big congrat to your team..!!! Sun 10-Feb-2008 09:09
Posted by:Abdulah Sani Bin Musa mesani76@yahoo.com  - [Link]
View all 14 comments


Monday, 28-Jan-2008 14:40 Email | Share | | Bookmark
Pre-Wedding ( A Casual One )




As what we launched during KL Wedding Fair @ Mid Valley last 2 week.

gempak2..lawa2..superb2.. =)
suka ngn scenery dia.. =)
Sat 2-Feb-2008 07:01
Posted by:pG
Making the effort to produce this promo should also include making the effort to check the grammar and spelling too.
Try to be professional at all levels ok?
Surely there must be one with decent English in your team.
Tue 5-Feb-2008 17:21
Posted by:azli  - [Link]
if I could married my dear prince..I wish to have u bro as my photographer..this 'if' only with God's will.. Sun 2-Mar-2008 16:27
Posted by:iszeybaby  - [Link]
View all 24 comments


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.