Want your
own Fotopage?














 
Saiful Nang's Personal Fotoblog

By: Saiful Nang My Private Photoblog

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 24-Jan-2008 05:33 Email | Share | | Bookmark
EXPO CS di MV

Lawatan "Surprise" Ning & Chris...tgh nego package
team CS kat booth bersama ning & Chris. Adi amik gambar...
Ni hari sebelum tu, dok menggantung gambar2
View all 4 photos...
Last week ada join expo anjuran Harenet. Memang sangat memenatkan tapi sangat best. Ini kali pertama CS join expo seumpama ni. Walaupun diletakkan di bahagian belakang bersebelahan dgn CT Catering (The only 2 malay booths). Mencabar pasal less trafficker. Ramai yang tak perasan pun kewujudan booth CS kerana kedudukan yang agak terkebelakang. 1st day hari jumaat dah risau, jadi plan tukar...target dah diturunkan. Bajet untuk 3 hari tu, dapat balik modal pun dah cukup bagus. Thanks god...with all the hardwork and great teamwork (plus the idea of sandwich man kat entrance), we managed to get breakeven pada awal hari kedua.

Ikut kan memang susah untuk conclude that much sales. kekerapan trafic dalam 20 orang sejam. Gila betulll...bayar sama. Tapi next time kepada sesiapa yang nak baut expo, confirm...location SANGAT PENTING. Takpe lah...kali ni kita tak rugi walaupun tak buat banyak sangat. Next exhibition mmg kita dok entrance betul. Kalau orang tak jumpa...tatau lah hehhehe.

Apa pun, we gain experience & lesson. That one...priceless!


MENGELUH - Bonus Track

Semalam ada dapat 1 email lagi. Seperti biasa, tentang "keluhan". Keluhan-keluhan biasa yang saya dengar ialah...

"Duit takde nak beli camera"
"Susah nak dapat client, semua memilih..."
"Saya cuma ada camera dgn lens cap ayam sahaja, tak boleh lah jadi macam SN..."

Dan banyak lagi. Saya hargai kepada semua email2 tersebut. Memang kerap saya terima email macam tu. Tapi harini saya terpanggil untuk berkongsi sikit tentang "Keluhan". Saya dibesarkan dalam keluarga melayu yang tipikal....selalu mengeluh dengan nasib. Semasa saya kecil, mungkin pada masa tu arwah emak dan ayah pun belum matang lagi. Mereka selalu mengeluh dengan nasib sendiri. Tapi bila saya dah melangkah dewasa, mereka pun semakin matang. Mereka kurang mengeluh, sebaliknya mereka berusaha supaya tiada keluhan.

Contohnya...

Keluhan : "Susahnya hidup, gaji RM300 anak nak sekolah tinggi2..."
Tindakan Negative : "Mengeluh dan mengharapkan bantuan, jika tidak...anak tak dapat nak sekolah tinggi2".
Tindakan Positive : "Gaji RM300 sebulan tak cukup...jadi, kena kerja luar / partime / ambil upah asalkan dapat rezeki halal untuk sekolahkan anak tinggi2"

Itu lah bezanya kan. Saya tertarik dengan iklan petronas yang pakcik cacat kaki tu (lakonan hafsham), menarik messagenya. Sebenarnya, kita boleh jadi lebih kuat dan lasak tanpa "bantuan". Mesti kena usaha sendiri dan terus jalan ke hadapan. Mengeluh takkan mengubah apa2. Dulu saya pun rajin mengeluh...pernah saya mengeluh..."Macammana nak beli camera untuk ambik gambar..."

Kalau saya berfikir negatif, mungkin hingga sekarang saya tak berada di sini. Oleh kerana cabaran2 ini berlaku...saya tak pernah jadikan itu halangan. Jadi, kita perlu berusaha dengan daya kreativiti yang kita ada. Itu yang buatkan kita lebih pandai. Ini tafsiran saya sendiri secara peribadi tentang "keluhan" (mungkin takrifannya bercanggah dgn wikipedia).

Keluhan = Mencari excuse untuk tidak berjaya sambil duduk2 tanpa usaha sambil mengharap bantuan orang lain.

Biasa orang mengeluh, secara tak langsung dia dah create a WALL yang block pemikiran dia kepada SEGALA kemungkinan yang membawa kepada PENYELESAIAN. Akhirnya, tidak ada penyelesaian sekadar keluhan yang CONFIRM tak ada penyelesaiannya. Jadi, hentikan lah mengeluh. Kerana mengeluh ini menyebabkan kita jadi lemah untuk terus melangkah lebih jauh.
Maaf kepada yang email saya mengadu masalah ni, ada yang saya tak sempat nak reply pun, tapi pikirkan yang positif dari apa yang saya tulis, dan jadikan ini sebagai sebahagian dari jawapan kepada persoalan anda.

Enjoice!


SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

The ONLY Official Photographer Team for “Merdeka Raksasa” in conjunction of the celebration of 50th Anniversary of Malaysia Independance. Assigned by The Malaysia Government

mcmn saya bole dapatkan wedding photographer di jb erk?? Thu 28-Feb-2008 11:13
Posted by:ayienz
memang admire la ngan SN nih..really impressed on ya jobs..marvelousssss! Fri 11-Apr-2008 05:26
Posted by:eeizan eeizan@yahoo.com
Thank eeizan Fri 11-Apr-2008 09:22
Posted by:SN
View all 54 comments


Tuesday, 22-Jan-2008 11:07 Email | Share | | Bookmark
Have u seen Salman Khan's House

me in front of Salman's house
Click the thumbnail then u can see Salman Khan's house. Kan hindustan ni fantasy. Dalam movie kalau rumah tak macam istana tak sah. Honestly masa driver cakap nak tunjuk rumah Salman, masa tu dlm kepala dah pikir rumah banglo dgn tangga berpusing2 yang simetri. Sekali sampai sana rupanya, cuma 1 unit apartment (yg tingkat 1 yg ada balcony tu rumah Salman).

Ini dah cukup baik. Tahap celebrity yang kaya raya. Bayangkan yang orang2 biasa. Kat mana mereka tinggal?

Saiful Nang
Mumbai

saya pernah berada di Mumbai dan Bandra tahun 2003 dulu. rumah putih berpagar tinggi tu mmg betul rumah Shahrukh. tapi rumah salman yg ditunjuk oleh driver kami lain. rumah dia banglo 2 tingkat, design simple aje. kalau kat mesia ni, mcm banglo pegawai kerajaan yg lama.. Mon 28-Jan-2008 06:35
Posted by:unnamed
right or wrong...i have nothing to lose hehhehe. Wed 30-Jan-2008 04:52
Posted by:SN
Buat apa kat Mumbai tu??? Wed 30-Jan-2008 11:05
Posted by:Fara
View all 23 comments


Tuesday, 15-Jan-2008 07:31 Email | Share | | Bookmark
Jumpa di SANAAA!!!



PERINGATAN : Untuk customer2 yang berhajat untuk mendapatkan wedding (Actual Day / Event) package, kami tidak ada menyediakan consultation untuk Actual Day Wedding Photography semasa exhibition. Jangan Risau, anda akan kami hubungi untuk temujanji diluar dari tarikh expo. Walaubagaimanapun, sample2 untuk ACTUAL DAY wedding photography akan kami sediakan untuk tatapan.

Kepada yang berminat dengan PRE-WEDDING / PORTRAITURE dan juga yang berkehendakkan sebuah website perkahwinan yang murah tanpa perlu mempunyai asas dalam pembangunan laman web, expo ini adalah tempat yang betul untuk anda kunjungi.

Ulang Suara : Tidak Akan ada Consultation untuk ACTUAL DAY Wedding Photography di expo ini. Hanya untuk portraiture SAHAJA.

Selamat berkunjung

SAIFUL NANG

CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

The ONLY Official Photographer Team for “Merdeka Raksasa” in conjunction of the celebration of 50th Anniversary of Malaysia Independance. Assigned by The Malaysia Government

elemek, kaki kipas la muh shafie ni , lek arrrrrr , over la Sun 20-Jan-2008 18:43
Posted by:kekeke
salam saiful...nak minum2 teh..no problem..tapi la ni i tak der kat msia lah...keje jauh nun kat middle east..tgk la nati i cuti boleh jumpa kan...anyway than 4 ur invitation..... Mon 21-Jan-2008 12:12
Posted by:katak puru
huhuhu tak sempat nak singgah....agak bz skrg ni Mon 21-Jan-2008 12:23
Posted by:Acik badariah@bungalawang.com  - [Link]
View all 21 comments


Wednesday, 9-Jan-2008 13:10 Email | Share | | Bookmark
Ning's Pre-wedding


Gambar ini adalah hakmilik mutlak candidsyndrome dan tidak boleh diguna pakai atau dipindahkan
dan juga dibuat apa2 salinan dalam apa2 cara dan media tanpa kebenaran bertulis dari pemilik
jenama CandidSyndrome (Colours of Asia Sdn Bhd) dan izin publisiti daripada Ning Baizura & Chris Omar Shariff


Last week, kuala selangor berdebu dgn aksi rempit Chris & Ning dengan Vespa Piagio buatan Italy yang telah berumur tak kurang 30 tahun. Gambar ini merupakan scene yang terlama kami ambil untuk mendapatkan hanya dengan 2 kali cuba. Pada musim wedding Ning ini, CS telahpun dilantik sebagai Official Photographer Team yang merakamkan detik2 persiapan dan detik2 gemilang perkahwinan Ning & Chris. Untuk shot ini, 4 orang jurugambar CS dibantu oleh 3 orang crew CS dan juga 6 orang crew dari Ning & Associates berada di lokasi. Scene di atas mengambil masa 20 minit dan melibatkan penutupan jalan sepanjang 250 meter. Di tambah dgn penggunaan komunikasi radio untuk koreografi dan melibatkan gambar dari 4 sudut berbeza dengan 1 sudut kritikal (Sampai meniarap atas jalan berdebu). Well...many more to come in NING'S WEDDING BOOK this February.


SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

The ONLY Official Photographer Team for “Merdeka Raksasa” in conjunction of the celebration of 50th Anniversary of Malaysia Independance. Assigned by The Malaysia Government

i took CS in particular SN as my mentor since i bought my dslr 7 month ago.... lots of your capture inspire me... and i wud say i owe u guy for my progression to what i am now.... do drop by and gv a comment to my work if u free at anytime convenience 2u.... rhizomepic.fotopages.com Wed 6-Feb-2008 10:27
Posted by:rhizo
leh jd bahan rujukan ntt... TAHNIAH dr redinai...salam utk team CS... Sun 10-Feb-2008 16:16
Posted by:danial JB redinai@yahoo.com  - [Link]
minat sangat ngan gambar2 ning masa outdoor
boleh x letak beberapa keping lagi untuk tatapan peminatnye
mcm klasik sgt... terutama suasana kampung tu... syahdu pun ada
teringat kampung halaman... tahniah Ning & suami
Wed 13-Feb-2008 18:56
Posted by:fara  - [Link]
View all 71 comments


Monday, 31-Dec-2007 06:39 Email | Share | | Bookmark
Good Bye 2007, Welcome 2008

Video clip CSian yg menyambut new year di office. Sob sob sob...

2007 tahun yang paling mengembirakan untuk saya, dan juga ada kejadian2 yang paling menyedihkan dalam hidup saya sebagai seorang karyawan fotografi. Terlalu banyak untuk diceritakan, terlalu manis untuk disimpan sendiri dan ada yang terlampau pahit untuk diceritakan. Apapun, 2007 merupakan usia "remaja" saya dalam dunia fotografi dan juga dalam dunia keusahawanan. Tahun 2008 yang bakal tiba saya pastikan akan menjadi 1 tahun yang sangat hebat berbanding tahun2 sebelumnya.

Antara intisari yang telah terjadi pada tahun ini. Apa yang telah saya dan CS capai setelah berhempas pulas sebagai sebuah pasukan yang sangat tinggi semangat keSATUan nya. Tak lupa juga peristiwa2 getir yang berlaku...

- CS Di buka dengan pakej pengenalan 3 jurugambar CS yg telah dinobatkan sebagai senior photographer CS (Mukhriz, Jay Farhana & Udey) dgn fee pengenalan sebanyak RM1080
- 80-90% booking telah diterima untuk bulan June, August, dan November seawal bulan 2, tahun ini.
- Memecahkan angka 6 digit kepada 7 digit dalam jumlah revenue dalam wedding fotografi semenjak ditubuhkan pada November 2004.
- MEnamatkan zaman bujang dgn isteri saya Intan Salwani
- CS Melancarkan sebuah lagi album buatan tangan yang mempunyai ciri dan design yang exclusive untuk pelanggan2 CS sahaja.
- CS Melancarkan pakej ke-2 tahun 2007 dgn harga bermula pada RM1480
- CS memperkenalkan seorang lagi jurugambar berpotensi besar Shafiq Akmal kepada pasaran.
- Berjaya dipilih sebagai jurugambar rasmi untuk perkahwinan diRaja Brunei Darussalam selama 15 hari di Bandar Seri Begawan (Dengan kerjasama rapat dengan CS Brunei)
- Menembusi "White Market" untuk wedding photography di United Kingdom buat kali ke-2 dan buat kali pertama untuk pasangan "White British".
- Pejabat CS dipecah masuk dan kehilangan paling besar kami di anggarkan sejumlah 35k. Tetapi semua gambar2 client selamat dengan sistem backup berkala kami.
- CS di anugerahkan sebagai kumpulan jurugambar rasmi untuk Perayaan hari Kemerdekaan Negara yang ke -50 untuk Merdeka Raksasa di Stadium Merdeka.
- Ibu saya meninggal dunia setelah 4 hari dimasukkan ke hospital kerana sakit perut
- Saya menerima sebuah kereta idaman sebagai penguat semangat untuk terus maju kehadapan lagi pada masa2 mendatang.
- CS buat julung2 kalinya pengadakan seminar untuk jurugambar2 perkahwinan yang telah dihadiri kira2 100 orang jurugambar bagi membincangkan penstrukturan dan piawaian fee dan kualiti jurugambar perkahwinan di Malaysia. Seminar telah berlangsung di IKRAM.
- SN & CS telah berjaya mengadakan sebuah kursus tertutup kepada kira 40 orang jurugambar perkahwinan yang berhajat untuk berjaya di peringkat negara dan antarabangsa. Senarai peserta kursus telah penuh seawal hari ke-3 ia di iklankan di dalam forum photoschool ( http://www.candidsyndrome.com/forum )
- CS pada hari ini mempunyai kapasiti seramai 9 orang kakitangan sepenuhmasa dan kesemua jurugambar2 CS adalah jurugambar sepenuh masa.
- CS Bersedia untuk mengorak langkah besar pada 2008 dengan kira2 35% kapasiti CS untuk tahun 2008 telahpun habis ditempah.
- Adik beradik saya telah berjaya mendapatkan Ayah saya seorang teman hidup baru untuk meneruskan hidup seperti sediakala.
- Akhir sekali, CS telah pun mempunyai seorang waris yang bakal lahir pada August 2008 atau dlm kata lainnya....(Isteri saya dah pregnant 6 minggu pada tarikh ini).

Secara keseluruhannya, saya boleh katakan, ini lah tahun yang paling mencabar dalam hidup saya. Tahun yang paling banyak kejadian suka dan duka. Semuanya terjadi pada tahun ini. Di harap, dengan pengalaman pada tahun ini akan menjadikan saya dan team CS lebih kuat untuk menjalani hidup pada tahun akan datang. Tahun 2008 pada kami...adalah tahun kegemilangan CS yang bakal melonjakkan nama CS setapak lagi.

Goodbye 2007!


SAIFUL NANG

CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com


Aku rasa bangga btul dengan pencapaian SN, sebab apa, sebab dia anak melayu.
Teruskan usaha anda, tiada kejayaan tanpa usaha dan jangan lupa berdoa mohon limpah dan rahmat dari yang Maha Esa.
Sesungguhnya tanpa keredhaanNya, anda tidak anak mengecapi apa yang anda nikmati sekarang ini.
Thu 17-Jan-2008 18:30
Posted by:fadzil fadz@fadzphoto.com  - [Link]
Impressing, proud of malay..
heard ur name from mouth to mouth.
cant say verbally.
Good job.. Congrats to all of you.

Did mail you guys for my wed ceremony.. . waiting for ya response.
Wed 23-Jan-2008 08:37
Posted by:Along82
Hi Encik Saiful
TEAM BAGUS TUU
http://orensegar.fotopages.com
HOPEFULLY SAYA BOLEHLAH KERJA SAMA hehehe
saudara saya di KL kat Ampang, khalid visit sana often, sekarang nii shoot di JB etc
Thu 24-Jan-2008 08:30
Posted by:Khalid akhalidar@gmail.com
View all 50 comments


Wednesday, 26-Dec-2007 02:44 Email | Share | | Bookmark
Positive Thinker Vs. Negative Thinker

Pinacle in my career. Being appointed to accomplish a royal wed
FOR FREQUENT WEDDING PHOTO UPDATES, CHECK THIS WEBSITE http://blog.candidsyndrome.com

Dah 3 tahun dah saya jadi photographer. Dah 3 tahun juga saya jumpa ramai orang. Macam2 ragam, macam2 perangai tapi semuanya tu jadi macam perasa dan rencah untuk hidup ni lebih sedap. Dari cerita2 dari sumber2 yang tak berbayar atau diupah, kadang2 rasa nak marah pun ada...tapi bila pikir2kan semula...kadang2 gossip2 liar pun boleh melonjakkan kita lebih tinggi.

Orang selalu blame melayu ni pikiran kolot lah, tak maju lah, dengki lah, iri hati lah dan macam2 lagi. Tapi pada saya, orang melayu itu adalah bangsa yang sangat creative dan bertamadun. Cuma kita dibesarkan dgn culture "gossip" sehingga majalah gossip (e.g Mangga) menjadi antara majalah terlaris di pasaran. Apa tak kena dengan Gossip? Gossip ni asalnya makcik2 yang berkumpul kat belakang rumah jiran sambil2 nyicah mangga muda dgn kicap bercampur gula dan mereka mengata apa yang berlaku dgn si polan dan si polan. Kaum bapa pun sama, sambil2 main dam aji di kedai, sambil tu lah dengar cerita itu ini. Mereka lebih percaya kata mulut yang 90% adalah khabar angin dari Surat Khabar yang mereka baca.

Ada apa dgn gossip dgn hidup saya? Bila gossip (bawaan angin) ni sampai semula ke telinga kita, kadang2 nak marah, kadang2 nak tergelak jugak. Tapi itu lah hakikat, orang kita lebih suka berfikir negative daripada positive (sebilangan kecil sahaja, ramaiiiiii yang positive thinker kat luar sana). Mereka ni rata2 legaaaaa bila mendengar kata2 buruk tentang orang lain...(walaupun orang yang dikata tu pun mereka tak pernah berjumpa lagi dgn saya, tak pernah bercakap tetapi mereka dah ada tanggapan negative kepada saya). Macam2 yang saya dengar...tapi saya masih tetap menjadi seperti "Katak Pekak" dalam cerita "Perlumbaan Katak2 memanjat Tiang". Yang pekak ni, dia tak dengar langsung katak lain tengah "Booo" dia dan mengutuk dia...dia terussss sahaja naik sampai atas dan menang.

Saya pikir, puncanya juga begini. Kadang2 bila kita kurang berjaya berbanding orang2 lain yang dah mengorak langkah ke arah kejayaan. Mereka ini akan mencipta pelbagai cerita supaya mereka ini kelihatan "Tidak lah teruk sangat". Contohnya begini....

Saya berjaya dalam bidak fotografi perkahwinan;

Positive Thinker: Bagus Saiful tu, saya perlu belajar macammana dia boleh berjaya ke peringkat ini dalam masa kurang dari 3 tahun sahaja. Saya mesti ambil tauladan dan contohi kegigihan dia sampai terpaksa tidur 2-3 jam sehari.

Negative Thinker: Hehhh!! yeaaritee! kalau aku nak jadi macam Saiful tu, duluuuu lagi aku boleh, cuma aku tak mahu tipu orang, tak mahu naya orang, tak mahu permainkan orang dan paling penting....aku takkan main ilmu hitam


Kan ke itu caranya untuk buat orang (loser) terasa mereka ni tidak lah teruk sangat. Cuma mereka tak mahu lakukan perkara2 yang (mereka tuduh kita lakukan walaupun kita tak buat).

Satu lagi contoh....

Saya seorang pemandu dan pemilik sebuah kereta berjenama dan berprestij dari Jerman...

Positive Thinker : Aku nak jadi macam SN, aku perlu contohi strategi dia untuk maju dan aku perlu jadi orang yang cekal. Kalau SN dah pakai kereta B* sblm umur 30, aku nak pakai kereta Bentley atau Ferrari sblm umur 30. SN boleh, takkan aku tak boleh.

Negative Thinker : Huhhhh....kereta bapak mentua belikan...boleh lahhhh! / Kereta tu tak lama lagi kena tarik lah tuu tak mampu bayar / Kereta wife dia, wife dia kan Doctor / Dia dapat projek Kroni dari bapak mentua dia, tu lah boleh dapat hidup mewah

(Maaf kalau ada yang terasa, tapi contoh di atas adalah contoh yang "benar" yang orang kata tentang saya dan eventually sampai pulak kat telinga saya.


Sebab tu lah, saya lebih rela jadi karakter "Katak yang Pekak" yang tak perlu dengar pekikan orang "Wehhhh...pegidahhh! Balikkk lahhh!! Ko takkan boleh sampai atasss!!! Wehhh...udah lahhh tuuu wehhh, balik lahhhh!!!". Saya dah dengar banyak benda ni, cuma saya pilih untuk taknak kisah jer.

Lebih menarik, kelmarin semasa saya mengambil daging kerbau yang ayah saya tempah dari seorang gembala kerbau di kampung saya (Untuk wedding ayah saya), pakcik tu tiba2 bertanya...

Pakcik: "Anak umur berapa?"
Saya : Baru masuk 29 tahun pakcik
Pakcik : Muda lagi, Pakcik bangga orang muda macam anak ni (sambil dia belek kereta saya)
Saya : .... Terima kasih pakcik
Pakcik : Anak Pakcik pun macam anak jugak, dia baru beli kereta macam ni. Dia pun berjaya dah sekarang. Tapi....macam anak jugak, Anak Pakcik ni, ramai orang dengki. Anak pakcik lagi sorang pun sama, dia milionnaire umur 28 tahun, itu pun ramai orang benci dia...tapi business dia makin bagus. Itu lah Rahmat Allah...
Saya : (Tergamam)...teruk sangat ke pakcik orang dengki anak pakcik
Pakcik : Sampai peringkat nak santau lah kiranya.
Saya : (Gulpp)
Pakcik : Ini pesan pakcik kat anak, Biar orang lain benci kita takpe, jangan "NASI" benci kita. Kalau Nasi dah benci, nanti apa kita nak makan?
Saya : (Mendalam betul kata pakcik ni). Terima kasih pakcik.

Kata2 pakcik tu terkesan betul kat saya. Cerita yang sama juga saya dengar dari kisah hidup Tan Sri Syeikh Mokhtar Al-Bukhari, Tun Dr. Mahathir, Lee Kwan Yew, Datuk Izhar (KFC), T. Ananda Krisnan, Vincent Tan dan Mendiang Lim Goh Tong dan banyak lagi taikon2 bilionaire Malaysia. Adakah dibenci oleh sebahagian kecil orang itu adalah bayaran kepada sebuah kejayaan yang kita kecapi? Dalam kes ini, buka lah mata bukalah hati....

Kepada yang membenci dan mencaci, saya doa kan anda berjaya. Kerana dengan berjaya...baru anda tahu laluan ini. Hanya dengan berjaya...anda tahu bagaimana anda di benci walaupun anda tidak buat apa2 yang salah terhadap orang lain. Dengan berjaya juga....anda akan rasa, bagaimana perit perasaan anda menelan semua kata2 orang yang nista, dan anda ludahkan semula...demi kejayaan. Dan dengan itu juga...saya doakan anda semua berjaya dalam apa yang anda buat.

Jangan lah asyik menuduh dan menuding jari. Kerana 1 jari yang kita tunjuk pada orang lain, lagi 3 berlipat menuding ke diri sendiri. Pikirkan yang positif, dan jangan lah mudah percaya kata2 orang tanpa usul periksa. Nanti padahnya pada diri sendiri juga. Jika benar tuduhan tu tak apa, tapi bayangkan jika tuduhan itu adalah fitnah yang anda rasa itu lah perkara yang benar dan anda telah sama2 menolong menyebarkan fitnah (yang anda sangka benar itu)...bayangkan lah perumpamaan anda memakan daging saudara kandung anda sendiri. Kalau anda masih rasa saya bersalah, itu kan urusan saya dgn Allah. Dan kepada yang anggap saya bersalah...saya cabar anda dakwa lah saya di mahkamah. Untuk anda, saya tujukan ayat dari surah al-Isra' (surah 17) ayat 36, sambungan dari ayat tersebut....surah 7 ayat 179 (mesti baca) baru anda tahu apa yang saya cuba katakan.

Saiful Nang
Orang yang belum berjaya tapi
tidak akan berhenti mengejarnya.

betul komen2 dr oispana n beans...mungkin ramai yang memberi komen dlm fp SN ni adalah peminat2 SN yang x tau dunia fotografi...apa2 pun nak berlajar sesuatu ilmu biarlah berguru dengan guru yang betul...kepada penulis komentar yang ada di sini atau yang baru mula nak menjadikan fotografi sbg kerjaya @ punca pendapatan tambahan nasihat saya pergilah berguru...fahamkan dulu apa maksud fotografi...baru lah tak sesat Sat 12-Apr-2008 00:09
Posted by:jurugambar
I'm with Saiful. So...saya pun tak tahu apa-apa tentang photography ke? Kepada yang tak puas hati boleh google nama saya. Saya, Che Mat, Bazuki in few occassion dah recognize SN is great in Photography & Business. In the end, kita bukan ambil gambar untu jurugambar, tapi kita ambil gambar untuk customer. Jangan mendabik dada "jurugamabar". Sat 12-Apr-2008 03:32
Posted by:Din Arshad
waht to say.. this is world.. yg penting were know what were'r doing.. Mon 14-Apr-2008 05:27
Posted by:ijan balingtown@yahoo.com
View all 102 comments


Wednesday, 19-Dec-2007 11:16 Email | Share | | Bookmark
TIPS : Gunakan apa sahaja yang ada

How to get these pictures? Where and what kind of flash I used?




Where? sebelah lot kedai (biasa ada benda ni). Side lighting effect yang saya ambil kira2 jam 7 petang. Hampir nak gelap tapi belum gelap lagi. Tapi ambient tu saya boleh gelapkan dengan melajukan sedikit shutter. Tapi saya balas dengan lampu dari headlight kereta saya. Last time saya buat gambar yang macam ni di Sitiawan, yang tu saya letak betul2 depan muka. Tapi kali ni saya sendengkan sedikit kedudukan kereta supaya saya dapat kesan "side lighting" yang menarik. To tell you the truth, saya cuma ada 1 speedlight unit dalam 1 masa. Tak pernah buat CLS (sebahagian ayat hanya photographer dan hobbyist photogrpahy yang paham kerana ia melibatkan beberapa terminologi photography)

Selamat Mencoba!



Gambar my assistant sedang menembak couple. Lampu kereta sebelah kanan.

wah..good tips..
1 question...hanya bley digunakan dgn keta mewah seperti anda atau mentol lampu keta lain pon bley??biasa la..kengkawan yang lain takde keta beso2 camni
Mon 21-Jan-2008 04:48
Posted by:CS biggest fan
tak nak cakap psl keter leh,tapi kann nak nanya abang nih pakai kemra ngan lens aper ek leh amek gambor cecantik nih.
aku ni cempedak kat luar pagor.walau camne pun part creativity tu memang tak leh nak citer!!!!!!memang pro giler.kalu hang jebat maseh ader musti dia trade in keris dia tukar ngan kemra ,nak amek gamba nyer halll.
Mon 21-Apr-2008 09:06
Posted by:ewan thanie shamsudin ewan_sanie@yahoo.com
so beautifull picture u get there.... Fri 30-May-2008 11:16
Posted by:mastura mastura_27@hotmail.com
View all 33 comments


Tuesday, 18-Dec-2007 03:42 Email | Share | | Bookmark
29th


Photo by Razi Nang, during an Industrial shooting in Cameron Highland last month

Harini bangun pagi, wife kejut kan. Hari ini pada tahun lepas dan pada tahun2 sebelumnya...mak (arwah) dgn ayah saya akan call seawal jam 6.30 pagi dan "menyanyi" lagu birthday "Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Angah, happy birthday to you" (Ayah dalam lorat jawa dan mak dlm lorat org melayu yg tak pernah cakap matsaleh). Setiap tahun, panggilan tu merupakan hadiah besar untuk setiap harijadi saya. Hidup sbg orang miskin masa membesar dulu, birthday saya tak pernah lah sampai ada kek harijadi. Cuma sekadar dapat ucapan selamat hari jadi shj. Yg tu pun saya dah happy sangat.

Hari ni bangun pagi, tengok cermin terasa kedut makin bertambah, rambut makin kurang tiba2 terasa macam rambut putih pulah makin subur. Tiba2 terasa, 29 tahun ni cepat sangat berlalu. Saya teringat lagi seolah "semalam" saya ke sekolah dengan nasik lemak dlm plastik untuk jual kat sekolah. Saya teringat lagi "semalam" saya mengambil upah melukis menggunakan kertas lukisan dan warna air orang lain untuk bayaran RM0.10 sekeping. Masa tu darjah 3 dan satu kali masa rehat, saya boleh siapkan 2 lukisan dan tunggu lukisan tu kering. Antara yang order, cikgu sekolah...dia bayar paling banyak. Masa tu dia bayar saya RM0.50. Balik rumah sgt happy...cakap dgn mak, mak senyum jer. Dia cakap, Angah kena belajar rajin2, jgn jadi pelukis tak ada masa depan. Tapi Alhamdulillah, sekarang saya hidup walaupun bukan dgn melukis, tetapi dgn karya photography saya.

Saya bangga ada emak dan ayah seperti mereka. Hari ni, harijadi pertama saya tanpa ucapan dari Emak. Emak dah pergi untuk selama2nya. Kenapa tahun lepas, kita tak rasa panggilan ucapan harijadi itu sangat berharga...sehinggalah panggilan itu dah tiada lagi. Tak ada lagi pada hari ini dan tak mungkin ada lagi pada masa akan datang. Saya rindu emak.

Tak habis ingat emak sampai sekarang. Pada saya, emak masih hidup dalam diri saya. Semangat pantang menyerah kalah emak masih utuh dalam diri saya. Dah 4 bulan emak pergi tinggalkan saya dan semuanya. Saya mampu berhenti menangis pada hari ke-3. Tapi hari ni, semasa saya menulis thread ini....saya menangis lagi...

SN

More wedding updates at http://blog.candidsyndrome.com

bila dah tada dpn mata..baru lah terasa
but..SN kene ingat perpisahan ini hanya sementara..
i lagi la..dari kecik dah tada ayah..
Fri 18-Jan-2008 05:37
Posted by:miss_bhunge
wow...sy dpt rasa kesedihan itu..air mata ni dh xleh nk cover lagi ..
dgn coretan SN ini memberi seribu keinsafan kpd org lain supaya menghargai ibu bapa yg masih hidup.. akan tetapi masih ada ank2 yg masih tidak mgenang budi ...
Tue 29-Jan-2008 05:23
Posted by:miz malona nuyuel.malona@gmail.com
1st time saya go thru ur blog ni..tetiba rasa sayu melanda hati, kuatkan semangat ingat masih ada Allah n insan2 lain yg menyayangi di sekeliling kita.

Dugaan Allah ada hikmahnya.. like me mak pergi ketika darjah 5 n terus terputus hubungan dgn ayah..bila dah besar2 mcm ni, nak kawin terpaksa cari ayah sebagai wali...itulah janji Allah pada hambanya, tika dan masa bertemu jua..

btw, itu cerita saya, tp SN jauh lebih beruntung dan kita perlu ingat siapa kita dan asal keturunan...InsyaAllah, kejayaan pasti 'mengejar' kita...
Fri 14-Mar-2008 07:58
Posted by:awien beetlegurl_80@yahoo.com
View all 87 comments


Monday, 10-Dec-2007 04:09 Email | Share | | Bookmark
CandidSyndrome.com - RE-BRANDING!!



Introducing the new face of CandidSyndrome at http://www.candidsyndrome.com

It's New. With this website, NOW you can view ALL CS PHOTOGRAPHERS' portfolio. Then you can choose WHO do you like for your bigday. Since we are still in the progress in discussing our ground rate with a few major players in Wedding Photography, the initial rate of RM1480 still remain until 31st December 2007. We received A LOT of bookings last week and still many more appointments still queue to be attended this week (full appointment last week). Call and make your appointment with us. Call 03-8076 6878

WHY WE NEED TO SEE OUR CUSTOMERS BEFORE BOOKING?

We do shoot for PASSION. 1 major problem in getting very good moment when you dont event know who is the couple. Once you know, baru boleh nak gila2 sikit, that's why we never fail to bring our customers a very good moment and very natural portraiture. Kalau tak kenal, macammana nak tahu samaada kita boleh bekerjasama dengan baik atau tidak. Jadi nasihat saya, browse kesemua gallery setiap photographer CS melalui laman web http://www.candidsyndrome.com di bahagian "Photographer". Anda lihat dan anda pilih, buat temujanji dengan mereka, jumpa mereka di galeri CS dan anda tentukan. Adakah mereka yang terbaik untuk anda?

Kami hanya hantar photographer2 yang telah terlatih dan diiktiraf. Anda tidak bayar photographer yang anda tidak kenal namanya. Anda tak akan berhadapan dengan photographer yang tidak serasi dengan anda. Dalam kata lainnya, anda bayar untuk seorang fotografer professional yang datang seperti seorang kawan lama.

ITULAH RAHSIA bagaimana CS masih mengekalkan gaya bersahaja dan spontan yang sangat baik sehingga kini. Bayangkan jika jurugambar di wedding anda dan tidak anda kenali. Mesti tak selesa kan?

Enjoice!

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com


This fotopage will be moving to our new home at http://blog.candidsyndrome.com


ACHTUNG!

KEPADA YANG MISS APPOINTMENT UNTUK PAKEJ RM1480, KAMI TELAH MELANJUTKAN TEMPOH SEHINGGA 31 DECEMBER 2007 KERANA KEHABISAN SLOT APPOINTMENT MINGGU LEPAS. KEPADA YANG BERMINAT, TELEFON 0380766878 DAN ATUR TEMUJANJI ANDA DENGAN JURUGAMBAR PILIHAN ANDA DAN KAKITANGAN CS DI GALERI KAMI. TEMUJANJI AWAL BAGI MENGELAKKAN KESESAKAN PADA SAAT2 AKHIR DAN KEHABISAN SLOT APPOINTMENT
.


tips utk bjaya : Jgn kuat mengeluh. Ada masalah cari penyelesaian dgn bijak. Tiap2 org lain cara penyelasaian. Ini kena fikir sendiri Tue 22-Jan-2008 04:50
Posted by:SN
macam kenal ar design tu Sun 27-Jan-2008 09:39
Posted by:pendita
kalau kenal cakap lah kat mana? bagi link lagi bagus. Kalau setakat cakap....SEMUA orang mudah bercakap. Mon 28-Jan-2008 04:59
Posted by:SN
View all 38 comments


Wednesday, 28-Nov-2007 11:53 Email | Share | | Bookmark
COMING SOON!


suka la gambar ni.. cun cun... Fri 21-Dec-2007 16:06
Posted by:chiwa
Nice pictures!


more editing and
update at >
http://sfawani.fotopages.com
www.sfawani.com
Wed 26-Dec-2007 06:50
Posted by:Shukri Sfawani sfawani@hotmail.com
Jay.. she's from subang rite? dulu skolah seafield kan? Tue 19-Feb-2008 16:01
Posted by:dayana deynahebat@gmail.com
View all 37 comments


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.