Saiful Nang's Personal Fotoblog

By: Saiful Nang My Private Photoblog

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 7-Aug-2007 09:25 Email | Share | Bookmark
CS di Rompak



Pagi Ahad selepas kepenatan pada malam sebelumnya dalam assignment wedding di Istana, saya di kejutkan dgn panggilan telefon dari Adi. Adi bagitau office kena pecah, semua barang hilang. Saya yang masih mamai2 terus terbeliak mata dan masih mengharapkan itu adalah "panggilan hangit" adi yang saja nak melawak. Saya bergegas pergi ke studio & gallery CS bersama isteri saya.

Sesampai di sana, saya terduduk melihat office saya yang biasanya padat dgn komputer yang berkeupayaan tinggi yang di gunakan untuk proses menyiapkan album customer2 saya sudah tidak ada lagi. Di dalam studio "whiteroom" juga begitu, camera dan lenses bersama projector yang saya beli sedikit2 semenjak 2004 juga sudah tiada. Bagaimanapun, Alhamdulillah semua file customer kami tidak satu pun yang hilang kerana saya menekanberatkan tentang pengurusan "backup" yang di buat secara berkala setiap minggu dan hari. Walaubagaimanapun, kesemua komputer di office termasuk 3 LCD flat panel bersama LCD projector dan 2 buah iMac menjadi mangsa pencurian itu.

Saya terduduk mengenangkan kesemuanya perit jerih yang saya lalui untuk membeli kesemua yang hilang itu satu persatu dari tahun 2004 lagi. Bukan mudah seorang anak "peneroka" Felda seperti saya dan juga tanpa bantuan apa2 dari bank mahupun orang2 kaya untuk bangun dengan pejabat dan equipment yang serba lengkap untuk memberikan kepuasan dan kualiti kepada pelanggan kami...tetapi...semuanya hilanggg sekelip mata. Kerugian di anggarkan tak kurang RM30k.

CCTV & Insurance

Setelah Saya membuat laporan polis, saya teringatkan cctv camera di tingkat 1 pejabat saya. Di perhatikan ada 3 orang berbangsa India pada kira2 jam 3-4pm hari sabtu lalu mencuri seakan2 berpindah pejabat. Lagi malang, pejabat jiran saya juga di pecah masuk.

Saya berterima kasih sangat kepada staff2 CS yang sanggup pada hari Ahad pun datang ke pejabat untuk menguruskan apa2 yang perlu. Saya buntu masa tu. Sebahagian duit yang saya dah kumpulkan sudah cukup untuk mendanai projek penerbitan saya tahun hadapan. Tapi nampak gaya, tabung terpaksa di korek juga. Dan projek saya terpaksa saya tangguhkan sementara waktu.

Kecurian yang mencuri bersih dan meninggalkan office saya hanya meja2 kosong sangat memedihkan hati saya. Sebak melihat hasil usaha perit jerih cacian dan makian sebelum ini hilang begitu saja. Lagi menyayat hati, semenjak 2 bulan lalu, saya mencari2 untuk membeli insuran perlindungan pejabat dari kebakaran dan kecurian. Dan selama 2 bulan itu juga saya menunggu agen yang di janjikan itu tak datang2. Saya pun silap juga, terlalu sibuk sehingga terlupa perkara itu...sehinggalah terjadi begini. Menggantikan semua kerosakan dan kehilangan dalam jumlah "lum-sump" bukan satu perkara yang mudah. Semasa saya sedang "down" saya berhubung dgn beberapa orang ikon idola saya yg telah berjaya, dan pada mereka...itu perkara kecil yang kebanyakan orang akan rasa. Semangat saya naik semulaa!!

Di sini saya nak berpesan, baru pagi ni insurance datang dan di lihat....untuk perlindungan tak lah tingga mana berbanding kehilangan semuanya sekali dan perlu menggantikannya semula bagi meneruskan perniagaan. Keselamatan juga perlu, bukan sekadar harta tetapi nyawa diri sendiri dan juga staff2 saya yang bekerja. Bagaimana jika kecurian berlaku semasa ada orang di dalam pejabat? Dgn itu secara serta merta saya memasang ADT Alarm System dan menaiktaraf keselamatan di beberapa tempat berkemungkinan "pecah masuk". Sekadar berikhtihar sahaja, lebih baik dari membiarkan ia terdedah dgn keselamatan yang longgar.

Terima kasih kepada isteri saya terutamanya yang sentiasa menenangkan saya sepanjang hari itu dan hari2 berikutnya serta memberi beberapa pertolongan, dan juga kepada parents in law saya yang sangat prihatin dan juga menghulurkan bantuan2 yang tak dapat saya terima (buat masa ini). Kepada Ayah dan Mama, jangan risau...semuanya akan OK.

Kepada SEMUA follower2 fotopage saya, student2 saya, kawan2 dan paling dihargai client2 dan bekas2 client saya, partner saya di Brunei dan juga rakan2 di luar negara...terima kasih untuk semua SMSes dan email2 juga YM serta PM2 yang di hantarkan....Saya terharu dan berterima kasih sangat kerana anda semua sentiasa menyokong saya dalam susah dan dalam senang.

Dalam sebak dan perit serta sakitnya jatuh terduduk dan hampir lumpuh...saya berazam......SAYA AKAN NAIK SEMULA SEPERTIMANA HIROSHIMA!

SAIFUL NANG
Candid Syndrome


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net