Saiful Nang's Personal Fotoblog

By: Saiful Nang My Private Photoblog

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 5-Oct-2007 15:22 Email | Share | Bookmark
Just Do It Lah!!



Dah hampir 3 tahun saya jadi photographer. Mula-mula dulu banyak juga explore2 camera sorang2. Walaupun background phtoography saya sama seperti idola saya Bazuki (Takde degree in photography, cuma ada sedikit pendedahan tentang fotografi sebagai sebahagian foundation study) tapi foundation "Arts" semasa belajar dulu sedikit sebanyak membantu dalam penghasilan gambar yang lebih bermakna. Teknikal saya belajar over time. Ada beberapa nama yang selalu saya bertanya tentang teknikal dahulu, antaranya seperti Ted Adnan (tiap2 kali nak beli lens baru mesti tanya dia dulu). Yang lain ada pernah tanya juga cuma tak banyak sgt lah (jgn kecik hati kalau tak mention sini). Tapi terkejut jugak last month borak2 dengan sorang staff saya, dia mention pasal "Mentor" saya. Saya tersenyum...kemudian saya tanya dia balik. Siapa mentor saya? dan siapa bagitau yang ada orang pernah jadi mentor saya?

Well, akhirnya terbukak cerita rupanya ada orang dah mengaku pernah jadi mentor saya. Alhamdulillah kalau betul dulu saya mmg ada mentor, mungkin saya dah pergi lebih jauh lagi. Tapi orang yang mengaku tu, saya ingat...semasa saya kesusahan dulu...nak pinjam lens tak pernah dapat. Tapi takpe lah...itu 1 kes. Ada kes yang mengaku pernah jadi partner saya dan juga saya pernah bekerja di bawah mereka dan macam2 lah.

Sepanjang kerjaya saya, saya pernah bekerja di bawah seorang jurugambar bernama Nicol dari Butik Armadale di Bkt Damansara. Itu lah pertama dan terakhir, yelah...pendedahan perlu untuk wedding2 bukan melayu. Selepas tu, tahap keyakinan semakin tinggi untuk meneruskan business dengan acuan sendiri. Alhamdulillah, selepas hampir 3 tahun sekarang saya boleh tarik nafas lega, kerana Team CS yang ada sekarang adalah Team yang paling Solid buat masa ini.

Dulu sebelum bermula, orang ada cakap...kena masuk professional course dan macam2 lagik untuk photography. Tapi masa tu, Adan pun belum buat kursus2 tu. So, tak jumpa lah nak pegi carik reference. Last2...i told myself "Just Do It Lah". Itu lah keluar gambar2 yang pelik dan melanggar banyak law (setelah law difahami, law perlu di langgar). Alhamdulillah, style yang dahulunya pelik boleh diterima baik pada hari ni.

Sehingga kini, saya percaya pada diri sendiri...apa pun orang nak kata, jalan mesti pandang depan. Saya pernah dihina oleh seorang Photojournalist Agensi Antarabangsa (tapi org malaysia) pada tahun 2005, pada masa tu saya menganjurkan 1 kursus tentang wedding photography dgn kadar bayaran RM200 (kerana saya hanya buka kepada 20 org sahaja), dan setiap yg datang saya kembalikan RM100 (dan saya hanya cas RM100 sahaja). Ini semua saya buat setelah menyedari...betapa susahnya untuk dapatkan orang yg nak berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang wedding photography pada ketika tu. Jadi sya tak mahu org lain susah. Masa tu tak ramai orang kenal pun siapa SN. Tapi niat tu di "Hina" teruk oleh beberapa orang professional di dalam sebuah forum. Sehingga sekarang saya masih ingat lagi seorang2 yang menghina saya dan saya juga masih ingat orang2 yang membela apa yang saya buat. Apapun...workshop saya masa tu berjaya, walaupun tak sampai 20 org, tapi it's good enuff.

Pada masa tu, seorang pro pernah keluarkan statement berbunyi begini..."Wow, if this chap can charge for RM200, well, i should charge RM2,000 per head....and laughhh". Today, I wanna say thanks to all these people. Pasal mereka berjaya membakar semangat saya untuk terus dan tidak berputus asa.

Kalau dulu pergi kedai gambar, orang taknak pandang. Sekarang kalau pergi kedai gambar atau kedai camera, bila saya sendiri yang datang...big boss sendiri yang turun attend. Saya tak minta sampai begitu. Tapi tu lah lumrah yang terjadi.

Just Do It Lah! jadi saya tak kisah apa orang nak cakap. yang penting, customer saya happy2 belaka dan saya cukup makan (in fact...berlebih). Sehingga sekarang, ramai orang berkata...nak jadi macam saya. Saya cakap BOLEH SANGATTT!! tapi sudi ke ambil yang negative sekali (e.g Tahan orang fitnah, tahan orang dengki, tahan korbankan tidur, tahan korbankan masa, tahan korbankan life) ye lah, kadang2 orang nampak kita ni...part yang senang jer. Part yang susah tak nampak. RM90-RM1mill in 2 years...without hardwork...it's IMPOSIBLE!!

Pedulik apa orang cakap...trust your heart. And Just Do It Lah!!

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@gmail.com


The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

The ONLY Official Photographer Team for "Merdeka Raksasa" in conjunction of the celebration of 50th Anniversary of Malaysia Independence. Assigned by The Malaysia Government


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net