Saiful Nang's Personal Fotoblog

By: Saiful Nang My Private Photoblog

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 31-Dec-2007 06:39 Email | Share | Bookmark
Good Bye 2007, Welcome 2008

Video clip CSian yg menyambut new year di office. Sob sob sob...

2007 tahun yang paling mengembirakan untuk saya, dan juga ada kejadian2 yang paling menyedihkan dalam hidup saya sebagai seorang karyawan fotografi. Terlalu banyak untuk diceritakan, terlalu manis untuk disimpan sendiri dan ada yang terlampau pahit untuk diceritakan. Apapun, 2007 merupakan usia "remaja" saya dalam dunia fotografi dan juga dalam dunia keusahawanan. Tahun 2008 yang bakal tiba saya pastikan akan menjadi 1 tahun yang sangat hebat berbanding tahun2 sebelumnya.

Antara intisari yang telah terjadi pada tahun ini. Apa yang telah saya dan CS capai setelah berhempas pulas sebagai sebuah pasukan yang sangat tinggi semangat keSATUan nya. Tak lupa juga peristiwa2 getir yang berlaku...

- CS Di buka dengan pakej pengenalan 3 jurugambar CS yg telah dinobatkan sebagai senior photographer CS (Mukhriz, Jay Farhana & Udey) dgn fee pengenalan sebanyak RM1080
- 80-90% booking telah diterima untuk bulan June, August, dan November seawal bulan 2, tahun ini.
- Memecahkan angka 6 digit kepada 7 digit dalam jumlah revenue dalam wedding fotografi semenjak ditubuhkan pada November 2004.
- MEnamatkan zaman bujang dgn isteri saya Intan Salwani
- CS Melancarkan sebuah lagi album buatan tangan yang mempunyai ciri dan design yang exclusive untuk pelanggan2 CS sahaja.
- CS Melancarkan pakej ke-2 tahun 2007 dgn harga bermula pada RM1480
- CS memperkenalkan seorang lagi jurugambar berpotensi besar Shafiq Akmal kepada pasaran.
- Berjaya dipilih sebagai jurugambar rasmi untuk perkahwinan diRaja Brunei Darussalam selama 15 hari di Bandar Seri Begawan (Dengan kerjasama rapat dengan CS Brunei)
- Menembusi "White Market" untuk wedding photography di United Kingdom buat kali ke-2 dan buat kali pertama untuk pasangan "White British".
- Pejabat CS dipecah masuk dan kehilangan paling besar kami di anggarkan sejumlah 35k. Tetapi semua gambar2 client selamat dengan sistem backup berkala kami.
- CS di anugerahkan sebagai kumpulan jurugambar rasmi untuk Perayaan hari Kemerdekaan Negara yang ke -50 untuk Merdeka Raksasa di Stadium Merdeka.
- Ibu saya meninggal dunia setelah 4 hari dimasukkan ke hospital kerana sakit perut
- Saya menerima sebuah kereta idaman sebagai penguat semangat untuk terus maju kehadapan lagi pada masa2 mendatang.
- CS buat julung2 kalinya pengadakan seminar untuk jurugambar2 perkahwinan yang telah dihadiri kira2 100 orang jurugambar bagi membincangkan penstrukturan dan piawaian fee dan kualiti jurugambar perkahwinan di Malaysia. Seminar telah berlangsung di IKRAM.
- SN & CS telah berjaya mengadakan sebuah kursus tertutup kepada kira 40 orang jurugambar perkahwinan yang berhajat untuk berjaya di peringkat negara dan antarabangsa. Senarai peserta kursus telah penuh seawal hari ke-3 ia di iklankan di dalam forum photoschool ( http://www.candidsyndrome.com/forum )
- CS pada hari ini mempunyai kapasiti seramai 9 orang kakitangan sepenuhmasa dan kesemua jurugambar2 CS adalah jurugambar sepenuh masa.
- CS Bersedia untuk mengorak langkah besar pada 2008 dengan kira2 35% kapasiti CS untuk tahun 2008 telahpun habis ditempah.
- Adik beradik saya telah berjaya mendapatkan Ayah saya seorang teman hidup baru untuk meneruskan hidup seperti sediakala.
- Akhir sekali, CS telah pun mempunyai seorang waris yang bakal lahir pada August 2008 atau dlm kata lainnya....(Isteri saya dah pregnant 6 minggu pada tarikh ini).

Secara keseluruhannya, saya boleh katakan, ini lah tahun yang paling mencabar dalam hidup saya. Tahun yang paling banyak kejadian suka dan duka. Semuanya terjadi pada tahun ini. Di harap, dengan pengalaman pada tahun ini akan menjadikan saya dan team CS lebih kuat untuk menjalani hidup pada tahun akan datang. Tahun 2008 pada kami...adalah tahun kegemilangan CS yang bakal melonjakkan nama CS setapak lagi.

Goodbye 2007!


SAIFUL NANG

CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net