Saiful Nang's Personal Fotoblog

By: Saiful Nang My Private Photoblog

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 31-Jan-2008 07:54 Email | Share | Bookmark
Jari2 dari Brunei dan Malaysia bersatu lagi



Kira2 setengah tahun yang lepas, 4 jurugambar CS dari Malaysia dan 2 orang jurugambar CS di Brunei telah bergabung tenaga untuk perkahwinan di antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari. Gabungan antara dua negara ini telah menyaksikan satu teamwork yg sangat mengagumkan. Dan semalam...2 orang jurugambar dari Brunei telah sampai ke Malaysia dan satu lagi akan tiba di KLIA esok petang. Kali ni, untuk perkahwinan Ning Baizura.

CandidSyndrome telahpun menjadi pilihan rasmi Ning Baizura sendiri setelah diperkenalkan kepada saya oleh seorang pereka tempatan yang tersohor Jovian Mandagie. Ning dan Chris berpendapat, gambar CS ada magik yang boleh buat orang menangis, ketawa, bersedih dan ceria. Dengan itu, beliau secara rasminya melantik CS sebagai jurugambar rasmi tunggal beliau kira-kira 6 bulan lepas. Walaubagaimanapun, semasa upacara pernikahan tadi, ada lagi beberapa jurugambar wedding yang dibawa oleh penaja-penaja perkahwinan Ning.

2 orang jurugambar dari CandidSyndrome Brunei, Ahim & Hairul memperkuatkan lagi team seramai 10 orang termasuk 2 orang junior photographer. Hanya pada majlis2 besar sebegini, bilangan jurugambar dapat membantu dalam memberikan kepelbagaian sudut fotografi. Tetapi, cabarannya ialah...TEAMWORK SPIRIT. Ramai orang ambil gambar dan berkehendakkan gambar yg terbaik untuk diri sendiri. Tapi tidak dalam team. Koordinasi adalah sepenting coreografi & juga konduktor okestra. Seperti okestra, setiap pemain sudah hebat dengan skill masing2 tetapi konductor perlu ada untuk menguruskan menjadi 1 susunan music yg baik. Fotografi team juga begitu. Dalam cabaran ini, disiplin sangat kritikal.

Berbalik kepada jurugambar CS dari Brunei. Kepada yang tak tahu, CS dah bertapak di Brunei. CS telah bertapak di Brunei sebagai salah 1 dari penyedia perkhidmatan fotografi perkahwinan yang berprestij. Asal ditubuhkan pada tahun 2007 adalah sebagai koresponden kepada pihak Istana semasa perkahwinan diRaja tahun lepas. Dan InsyaAllah, akan terus berkembang di sana. Kepada customer yang dah booking di Brunei, terima kasih di ucapkan. Dan kepada yang belum booking, dapatkan sementara stok masih ada.

More pictures will be coming up later. Stay tuned, Enjoice!

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

The ONLY Official Photographer Team for “Merdeka Raksasa” in conjunction of the celebration of 50th Anniversary of Malaysia Independance. Assigned by The Malaysia Government




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net