Saiful Nang's Personal Fotoblog

By: Saiful Nang My Private Photoblog

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 18-Mar-2008 04:38 Email | Share | Bookmark
Last Weekend



Last weekend saya ambik cuti (dah 6 bulan apply) untuk pergi ke wedding orang yang pernah
jadi videographer saya semasa kawen. Saya pergi dengan wife saya. Tapi kita sengaja-ngaja
terlajak-lajak sampai ke Taiping dan tido kat sana.



Alang-alang terlajak, saya pun bawa lah isteri saya yang comel itu berjalan-jalan di Taiping.
Terpegun dgn cantiknya tasik Taiping, jadi saya jadikan wife saya sebagai subject untuk saya
ambil gambar. Seperti biasa, wife saya memang suka jadi model.



Keesokan harinya, kami pun pergi lah ke rumah Roslee untuk majlis bertandang. Saya
cuma jadi OP (Official Photographer) semasa majlis Roslee di KL sahaja, tapi suka
pulak nak pergi yg kat Perak, so dari 6 bulan lepas saya dah kosongkan kalender untuk
pegi wedding ni.



Ini lah kami semua. Zul dgn wife Ronnie adalah geng Roslee dan mereka adalah videographer
utk wedding dan saya cuma bagi beberapa shots outdoor sebagai hadiah perkahwinan kepada
Roslee dan Za. Roslee...tunggang lah dengan cermat (Kuda padi jer). Thanks jugak to both of u,
x pasal2 dpt honour duduk kat high-table


SEBAB-SEBAB MENGAPA INQUIRY ANDA TIDAK DI JAWAB

Ini kira bonus track lah untuk berkongsi dengan semua readers kat sini. Ada sebahagian yang mengadu cakap susah nak dapat get through CS photographer ni. Kenapa ek? Jadi sekarang saya list-down kan lah beberapa perkara yang biasanya berlaku dalam inquiry anda yang tidak berjawab atau tiada follow-up. Kalau message sampai dgn selamat, our SOP normally take less than 24 hours to respond to any emails, call & SMS. Berikut adalah sebab-sebab biasa mengapa anda tidak dihubungi semula...

SATU

Anda telefon time shooting (Kebiasaannya pada hujung minggu) dan menggunakan "Private Number", jadi macammana nak call balik. Tapi kalau keadaan mengizinkan kami akan angkat telefon untuk beritahu, tolong SMS kan number dan saya akan call balik. Tetapi harus di ingat, untuk keselamatan...SILA JANGAN GUNAKAN function send businesscard dalam telefon anda. Aduan menunjukkan, ramai yang kata pernah hantar no. tetapi kita tak terima berkemungkinan kerana jenis telefon yang berbeza dan mungkin kerana telco anda / saya. Jadi sila SMS lengkap dgn nama dan tarikh majlis anda sebaik-baiknya. Pasti kami akan menelefon semula selewat2nya pada hari Isnin yang terdekat (memandangkan weekend adalah hari-hari paling sibuk jurugambar CandidSyndrome). Tips nya, jika anda sayangkan kami (hehehhe) jangan lah telefon hujung minggu, susah nak angkat. SMS lah nanti masa break kita call.

DUA

Anda menelefon menggunakan general line office anda dan tidak boleh kami hubungi semula selain bercakap dengan operator general line sahaja. Ada juga kemungkinan, anda menelefon semasa talian kami sedang sibuk (memang selalu begini), alternatifnya anda boleh hubungi terus jurugambar2 yang anda berkenan. Tetapi jika tidak ada jawapan, kemungkinan BESAR kerana mereka sedang sibuk dengan kerja-kerja fotografi dan sila tinggalkan SMS untuk mintak mereka telefon semula.

TIGA

Anda menggunakan talian perantara. Biasanya berlaku kepada pelanggan kami yang berada di luar negara. Jika anda menggunakan "Call Card", nombor yang keluar dalam handphone kami ialah nombor yang pelik seperti +0203, +0302 dan lain2 yang CONFIRM kami tidak akan dapat menghubungi anda semula. JIKA ANDA MENGHADAPI MASALAH MENGHUBUNGI OFFICE CS, sila hubungi nombor setiap photographer kami. Masing-masing ada nombornya di website masing2. Link mereka ada dalam www.candidsyndrome.com dan ada link untuk ke website mereka.

EMPAT

Mungkin ada masalah dengan email anda. Jika anda benar-benar serious, pastikan anda dapat bercakap dengan salah seorang daripada kami. Kerana SMS mungkin tak sampai, Email juga mungkin tak sampai, tapi kalau dapat get through dan bercakap...itu confirm message anda sampai kepada kami.

Kesimpulannya, JIKA kami tidak memberi apa2 respond kepada anda dalam tempoh 24 jam, sila buat sesuatu seperti menulis email, menelefon pejabat dan nombor2 photographer secara direct (anda boleh call sesiapa photographer CS untuk inquiry tentang photographer CS yang lain) dan menulis SMS atau kesemuanya sekali. Kemungkinan besar inquiry anda tidak kami terima, sebab itu inquiry anda tidak mendapat respond dari kami.

ENJOICE!


SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

The ONLY Official Photographer Team for “Merdeka Raksasa” in conjunction of the celebration of 50th Anniversary of Malaysia Independance. Assigned by The Malaysia Government


MORE WEDDING UPDATES HERE (FREQUENT UPDATE)
VISIT OUR OFFICIAL GALLERY (BEST COLLECTION)


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net